1. Jawab survey.
- Ini adalah perkara paling asas sekali. Sila jawab survey yang ada dalam website nuffnang.
- Nuffnangers semua mesti tahu kan survey nuffnang tu?.. Kalau tak tahu, Aried akan bagitau sedikit, nuffnangers semua pergi "log in" ke website nuffnang,
pergi ke "edit survey".
- Jawab survey ini betul2 dan jangan tertinggal apa2 pun.
- Kalau nak tahu, survey inilah "keyword" untuk nuffnangers sekalian mendapatkan buffered earning ini.
- Dalam survey ini, nuffnangers sekalian mesti meyakinkan advertisers yang iklan advertiser ini boleh "masyuk" dengan blog nuffnagers sekalian.
- Jangan ada yang miss, nuffnangers semua mesti details kan sedetails2 nya.
- Disini, advertiser guna survey ini untuk menilai sama ada blog nuffnangers sekalian sesuai atau tidak. Dengan kata lain, kepada nuffnangers yang "malas" nak isi
survey ini, so just say good bye la kat buffered earning ni.. Memang tak ada harapan da...
- Jadi segeralah isi survey tu dan pastikan nuffnangers sekalian sentiasa update survey itu mengikut perkembangan entry-entry dalam blog nuffnagers semua ya..
"UPDATE"
Survey ini terbahagi kepada 2:
1) Survey tentang nuffnangers( Blogger profile survey)
- terdapat 4 soalan survey
- jawab dengan teliti dan disini yakinkan advertisers dengan sepenuhnya
2) Survey blog(dibahagian "blog manager" pada blog masing2 akan ada "edit survey")
- dibahagian ini jwab dengan berhati-hati
- pastikan jawapan kamu kelihatan universal untuk sesiapa sahaja
cth: pengunjung 50% lelaki, 50% perempuan, umur pengunjung pulak buat avrge orang-orang muda cam 18-30 jer, dll lagi le ye
p/s: Aried update dalam 2x sebulan..heheheh
2. Traffik kena tinggi???
- Sebenarnya bab traffik ni bagi Aried takda la perlu sampai traffik jem. Apa yang penting traffik kenalah mantain.
- Maybe dalam 150 visitors dalam sehari dah ok.
- Traffik ini penting sebab advertiser akan membeli sebilangan jumlah visitor dari blog nuffnagers sekalian.(so kalau traffik xda, advertisers nak beli apa??)
- Jangan pulak sehari dapat 150, esok dapat 20, lusa dapat 70.. tak boleh la.. Kena mantain je ye.
- Perkara ini boleh selesai dengan cara blogwalking je. Boleh baca cara bijak blogwalking yang Aried tulis ini..(baca jangan xbaca)
3. Keserasian blog nuffnagers dengan iklan dari advertisers.
- Advertisers memilih blog nuffnagers bagi mendapat mCPM(metered campaign per impression) berasaskan dengan iklan yang advertisers mahu iklankan. Jadi biasanya, mungkin blog yang pelbagai genre mempunyai lebih kemungkinan atau peluang untuk mendapatkannya.
- Bagi blog nuffnagers yang fokus kepada 1 genre sahaja, usah anda semua khuatir. Sebenarnya, apa yang lebih penting disini ialah latar belakang visitors blog anda. Antara yang dilihat ialah lingkungan umur, taraf sosial, dll lagi..
- Jadi, kesesuaian inilah yang akan menjadi faktor kepada pemilihan blog nuffnagers untuk mendapat buffered earning ini.
- orang putis katas, " demographics of blog readers" kena jaga jugak.. berbelit tali pusat orang nak sebut...hehehe
4. Kedudukan code nuffnang dalam blog.
- Pastikan nuffnagers sekalian tampalkan@letakkan ketiga-tiga jenis code nuffnang iaitu Skyscrapper(SS), LeaderBoard(LB), LargeRectangel(LR).
- Pastikan tiada widget yang melaupau@menyemak@ mengganggu iklan advertisers dari kelihatan. Sebagai contohnya ialah widget jam, games, dll lagi.
(dengan kata lain, jangan letak widget yang carut-marut ye..letak yang penting sahaja.) KENAPA??
- Kerana tujuan advertisers memilih blog nuffnangers untuk mendapat buffered earning(mCPM) adalah supaya iklan dari advertisers ini boleh dilihat oleh setiap pengunjung blog,. Jadi takkan mereka mahu memilih blog nuffnagers yang meletakkan code nuffnang di tempat yang tersorok.
- Pastikan SS menjadi perkara pertama yang dilihat oleh visitors anda dan begitu juga dengan code LB dan LR.
- Kepada nuffnangers yang blog mereka kucar-kacir iaitu meletak SS di bawah@ dll lagi, pastikan anda perbetulkan semula.
p/s: lihat pada blog Aried, Aried letakkan ketiga-tiga code nuffnang di muka depan iaitu SS(float image), LB kat atas header, LR kat bawah header(sepatutnya antara content, tapi dah diadjust).
Melalui cara ini, apabila visitors membuka blog Aried, mereka terus dapat melihat ketiga-tiga iklan nuffnang ini..heheh..menarik bukan??..
Ini berbeza dengan kebanyakan blog lain dimana biasanya hanya kelihatan 1 @ 2 iklan nuffnang sahaja apabila page dibuka..Kan?...
Kepada nuffnangers yang ingin belajar cara membuat float image, Aried telah siapkan tutorial ini diSINI..(buat jangan xbuat)
5. Membership Exclusivity(Fuh..sekali lagi berbelit lidah cikgu ni tau)
- Pastikan nuffnangers sekalian adalah ahli "gliterrali"
- Mudah sahajakan.. just Maintainkan visitors sekurang-kuranggnya 20 orang sehari.
- Jangan letak advertisment lain selain nuffnang dalam blog kamu!...Kalau syarikat tu luar dari Asia xpa la.. cam Google tu xpe...
6.Update blog sekerap boleh.
- Kalau larat, update la tiap-tiap hari.
- Mana-mana nuffnangers yang biasa lepak kat blog-blog otai boleh la tegok diorang sentiasa update blog diorang tu. kenapa??
- Supaya nuffnang melihat blog nuffnangers sekalian sebagai blog yang aktif.(Naik la point sikit)
- Pengunjung pun suka blog yang update tiap2 hari.. So, dapat trafik lagi~..
Hm.. Rasanya buat masa sekarang, sampai sinilah dahulu... Harap sedikit tips dari Aried ini dapat membantu sahabat nuffnangers sekalian dalam
usaha mendapatkan buffered earning dan metered earning dari nuffnang.....
p/s: Share tips dari Aried ini dengan sahabat-sahabat nuffnangers yang lain. Tapi tolong jangan copy atau rewrite!!..
Share link blog Aried ini sahaja... Penat Aried tulis tips ini, bukan sekali, tapi 2 kali..hehehe..
Tq semua.. Sebarang pertanyaan boleh dail 999..(ops.. boleh tanya dibahagian komen)..
Sebar-sebarkan Tips ini ya... Copy URL dan sharekan..hehehe... Kasi la traffik kat Aried jugak.. Dah la korang dah dapat buffered earning dari nuffnang nanti.. Aried tak dapat pe2 dah selain traffik..
Alhamdulillah, paling latest pada 10/01/10, Aried ada 7 buffered earinng yang tengah running dan 8 yang dah jadi metered earning, ni semua Aried dapat dalam masa 2 bulan ini sahaja iaitu bulan 12 dan bulan 1 tahun ini,hehheheh, try sahabat semua teka berapa Aried dapat duit saku dari nuffnang sekarang???
1 comments: on "Tips Dapatkan Buffered Earning #updated#"
Nice info aried..sudi2 la ke blog sy blogummiaimy.blogspot.com
Post a Comment